Recent comments

Terbaru

Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su di Kedah

Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.

Sebelum kami meneruskan perjalan kami singgah ke Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su adalah warisan seni bina Kedah yang sudah berusia lebih 100 tahun.

Terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri (Wisma Darul Aman), kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian seni bina tradisional Melayu.

Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.
















Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai kini menjadi lokasi untuk penyelidikan pelajar institut pengajian tinggi yang mengambil jurusan seni bina dan dokumentari sejarah melayu.


Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman,
Lebuhraya Darul Aman,
Bakar Bata,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-733 1162
Faks : 04-730 5100




Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.

Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam  yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)