Terkini | New

Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL

PELANCARAN RASMI QUILL CITY MALL KL YASSS RAYA 2018.
Shopping sampai cun!
Acara untuk Meraikan Kemeriahan sambutan Hari Raya Dan Menyemarakkan Bahang Kehangatan Ramadhan & Hari Raya Aidilfitri. Bulan Ramadhan bulan mulia bersama Quill City Mall.





Bersempena dengan bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri, pusat beli belah yang terletak di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur Quill City Mall, berbesar hati untuk membawakan kepada anda sambutan paling bermakna iaitu pelancaran mega "Yasss Raya 2018" 


Bertemakan salah satu perayaan terbesar di Malaysia, Yasss Raya 2018 diinspirasikan daripada trend raya terkini yang mempamerkan dekorasi moden Hari Raya. 

Pengunjung pastinya akan terpukau dengan kehebatan dekorasi Yasss Raya 2018 di Quill City Mall KL pada Hari Raya ini. 

Mengambil inisiatif untuk lari dari tema balik kampung, pengunjung sebaliknya akan disajikan dengan tema moden yang diserikan dengan warna-warna pastel dan lampu neon, sebuah dekorasi separa hipster.



Terokai koleksi-koleksi fesyen terkini dengan lebih 1,000 pilihan koleksi hari raya dan lebih 40 buah gerai jualan yang menampilkan fesyen generasi muda dan separa hipster. 

Pembeli dan pengunjung yang mencari baju baharu untuk hari raya yang bakal tiba ini, berpeluang untuk mendapatkan busana menarik dari jenama terkemuka oleh para selebriti seperti Rozita Che Wan, NSA Beauty official, Mora & Haze, Calaqisya, Lily Petuna, Minaz, Teratak Delights, Shelle'e Belle'e by Azura Couture, Furby & Sugar, Anzel Hair, Gajah Duduk, Petra Rtw, El Elfiraloy, Dlasha, Fana Couture, Dyxy Cosmetic Losravelda, Ashh & Annas, De Gemilang, Di Moda Closet, Jelitasara, dan ramai lagi. Gerai jualan untuk fesyen raya akan berada di Main Entrance dan Main Atrium. 






Acara turut diserikan dengan persembahan lamNEETA yang  menghiburkan para pembeli dan pengunjung. Selain itu, acara akan turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkemuka seperti Annas Easkey, Anzalna Nasir, Azura Mazaruddin, Hafiza Hamid, Hafiz Mahamad, Yaya Zahir, Rafidah, Yana Khairuddin dan Hazwan Faiz. Tidak ketinggalan juga persembahan tarian yang memperagakan fesyen terkini yang pasti memukau pembeli dan pengunjung.






Seramai 50 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah diraikan dalam "Majlis Berbuka Puasa" sebagai Inisiatif tanggungjawab Sosial bersempena dengan sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Kanak-kanak ini juga dijemput untuk meluangkan waktu mereka di Quill City Mall KL bersempena dengan sambutan Hari Raya .Quill City Mall KL berharap mereka dapat bergembira bersama. 



















Dapatkan fesyen raya terkini dan bergambar untuk kempen Yasss Raya 2018 bagi kemeriahan dan kehangatan suasana hari raya.