Recent comments

Terbaru

THE VENUE SHAH ALAM, Menampilkan Menu Tradisi Rakyat Malaysia

Pakej Berbuka Puasa di THE VENUE SHAH ALAM, Menampilkan Menu Tradisi Malaysia

[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Bufet Ramadhan The Venue Shah Alam 2018 
Ramadhan kali ini The Venue, Shah Alam dengan tema pesta masakan Malaysia khas untuk promosi bufetnya. Para tetamu boleh menikmati sajian bufet yang pelbagai pilihan dan menikmati hidangan kegemaran Ramadhan mereka.

Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM 68 nett per person
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 40 nett 
Warga emas ( 55 tahun dan ke atas) : RM 60 nett 

Early Bird Promotion (15 April sehingga 10 May 2018)

Dewasa : RM 58 nett per person
Kanak-kanak (4 tahun hingga 12 tahun) : RM 35 nett
Warga emas ( 55 tahun dan ke atas) : RM 50 nett

Masa berbuka : 6.00 PM - 10.00 PM
Tarikh : 18 May 2018 - 12 June 2018




The Venue Shah Alam ini popular dengan tempat untuk mengadakan event-event seperti perkahwinan dan Majlis-majlis kenduri kerana tempatnya luas. Terdapat 2 dewan yang boleh memuatkan seramai 250 orang dalam satu masa. Bersempena bulan Ramadhan nanti, kedua-dua dewan ini akan dijadikan lokasi untuk sesi berbuka dan mampu memuatkan lebih kurang 400 orang.



Memperkenalkan chef Nabil Md Salleh sebagai 
Chef Utama untuk menyediakan pelbagai hidangan masakan tradisional Malaysia. Peminat makanan akan kagum dengan hidangan yang berbeza dan unik seperti Ayam Semor dari resepi Jawa dan Nasi Syamin  dari Johor. 



Termasuk juga hidangan asli Kelantan seperti daging Kuzi, dipanggang dengan herba dan rempah-rempah yang terbaik untuk menarik minat selera makan dan disajikan dengan beras briyani, ayam mandy dan sambal. 





Hidangan kampung seperti masak lemak cili Padi tradisional dan patin masak tempoyak. Selain itu, pelbagai masakan kegemaran tempatan seperti ayam kampung goreng, ayam tikka masala, asam laksa, Char kuay teow yang terkenal.







Terdapat kios-kios keropok kegemaran seperti keropok lekor, keropok udang, dan keropok sayur yang akan menambahkan citarasa anda.  Tidak lupa juga sayuran dan ulam-ulam kampung dengan pelbagai jenis sambal, dengan pilihan Kerabu untuk tahun ini.




Pelbagai jenis kuih-muih, buah-buahan dan juga bubur sebagai pencuci mulut yang sedap dan menarik.




















Bagi mereka yang ingin membuat majlis tertutup atau berbuka puasa, boleh lakukan demikian dengan harga RM 50 nett per person untuk minimum 100 orang. Jadi tempat lah sekarang di The Venue Shah Alam.


Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi:
Tel : 019-8585 825 / 019-8585 375
Alamat : No. 15, Jalan 15/22, 
Tiong Nam Park, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.

thevenueshahalam@gmail.com




2 comments:

  1. masih terngiang-ngiang rasa lala masak pedas dia. dan nasi syamim tu seriously sedap dan lain daripada yg lain. nak repeat lagi lah !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius sedapkan semua masakan pun memang menarik dan terbaik! lala tu la daya penarik aku rasa

      Delete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)