Recent comments

Terbaru

Hotel Tenera buffet Ramadhan dan Meraikan Anak-anak Yatim dan Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan

Majlis Amal Barakah Ramadan bersama Anak-Anak Yatim anjuran Hotel Tenera bertempat di Selasih Garden Restaurant, Hotel Tenera, Persiaran Kemajuan, Bandar Baru Bangi.


Hotel Tenera Rai . Hotel Tenera mengambil kesempatan ini dengan menganjurkan Majlis Amal bagi meraikan anak-Anak Yatim Dan Tahfiz Di Majlis Amal Barakah Ramadhan dari beberapa buah rumah kebajikan. 




Barakah Ramadhan yang mana ia merupakan satu program tanggungjawab sosial serta fardhu kifayah terhadap masyarakat sekeliling, khususnya individu-individu yang memerlukan bantuan.

Seramai 150 anak-anak daripada rumah atau pusat anak-anak yatim, fakir miskin dan tahfiz sekitar Bangi dan Kajang telah diraikan pada petang itu. 



Hotel Tenera juga berbesar hati dan telah menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada 5 buah rumah kebajikan yang terlibat iaitu Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah, Akademi Tahfiz Quran Al-Fawwaz, Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Rumah Bakti Al-Kausar dan Pusat Asnaf Quranik Al-Ummah.









  
Pakej Berbuka Puasa di HOTEL TENERA , 
Menampilkan pelbagai hidangan tradisional dan barat yang istimewa. 

[ Promosi Buffet Ramadhan 2018 ] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.

Buffet Ramadhan Hotel Tenera buffet Ramadhan adalah lokasi terbaik yang terletak di bandaraya Bandar Baru Bangi hanya 30 minit memandu dari pusat bandar Kuala Lumpur.

Harga Bufet Ramadhan.
Dewasa : RM 118

Bermula 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018
6.30 PM - 10.30 PM

Untuk tempahan sila hubungi :
03-8929 9600

Memang sangat meriah apabila majlis berbuka puasa penuh dengan kanak-kanak bersama juadah berbuka puasa mereka. Pelbagai menu menarik dapat berkongsi bersama dengan mereka.











Menikmati kambing panggang dan  bermacam jenis hidangan yang dari awal menambat selera anda.









Makanan Jepun dan dim sum yang menarik apatah lagi dengan masakan laut yang segar di buat secara lansung di depan mata.
























Anda harus mencuba nasi buluh yang lembut dan sedap bersama lauk-pauk yang ada termasuk la rendang dan sambal udangnya.






Peminat siput sedut dan makanan kampung pasti akan teruja dengan kuali kawahnya















Deko yang menarik seperti warung pasti memikat hati pengunjung.
Koleksi biskut-biskut lama yang boleh ada dapatkan disini.













Kuih- kuih tradisional dan kacang putih turut menarik perhatian sambil diiringan lagu-lagu menarik oleh penyanyi jemputan.












Jika berminat untuk berbuka puasa bersama Hotel Tenera bolehlah hubungi info di bawah :

HOTEL TENERA
Persiaran Kemajuan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Email : hoteltenera.kpf@felda.net.my



No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)