Recent comments

Terbaru

FASHION ON WHEELS, Trak fesyen pertama Malaysia Kuala Lumpur.

FASHION ON WHEELS TRAK FESYEN PERTAMA MALAYSIA KUALA LUMPUR


Kali ini kami berkesempatan untuk melihat secara lansung pelancaran @Fowheel18 yang berlansung di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Apa yang menariknya ia adalah trak fesyen pertama di Malaysia.




Konsep trak fesyen bukanlah baharu, Ia telah diadaptasi jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai satu bentuk promosi bergerak. Di Malaysia, ia belum pernah diperkenalkan mana-mana jenama. 



Peluang yang ada itu digunakan sepenuhnya Lenny Farina Hazree untuk mengasaskan trak fesyen pertama Malaysia, Fashion on Wheels (FOW). Tercetusnya FOW adalah bagi memudahkan pengguna untuk membeli busana menjelang musim perayaan Aidilfitri. 
  




Dengan hampir 15 jenama popular di Malaysia, nantikan trak merah jambu FOW yang akan bersingah ke 10 lokasi di sekitar Lembah Klang. Dengan adanya FOW, para pengguna boleh memilih fesyen terkini hari raya tanpa perlu ke mana-mana. 

FASHION ON WHEELS, Trak fesyen pertama Malaysia Kuala Lumpur.

Trak FOW akan datang ke tempat yang telah dipilih dan orang ramai boleh membeli-belah dengan mudah. “Sambutan tahun ini akan menjadi penentu untuk gerak kerja pengurusan dan promosi tahun depan. 



Antara tetamu yang hadir memeriahkan majlis.



Model memperagakan baju-baju terkini dari koleksi terbaru. Jenama yang terlibat ialah Minaz, Jameqha, Bella Ammara, Locka, By Fatin Suhana, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Alkhautar, Zarra Sinar Puteri, Teruna by Hafiz Mahamad, Riaz Arshad, Jelitasara, Sofea Rose, Mummu Scarf, Kaizer Scarf, Syafiqah Aina Hijab, Ravaka dan Rumah Manik.















Media menemuramah Lenny Farina Hazree


Antara artis tanahair yang turut hadir

FOW menjangkakan penambahan lokasi dengan capaian di luar Lembah Klang menjelang Aidilfitri tahun depan,” jelas Lenny Farina pada majlis pelancaran FOW di Tasik Perdana. Menggunakan konsep vendor, kesemua jenama di bawah bumbung trak FOW meliputi pakaian untuk lelaki dan wanita, kanak-kanak, tudung serta aksesori. 






Trak FOW akan bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei 2018 di Surian Tower, Damansara bermula puku 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berkahir pada 9 dan 10 Jun 2018 di Pullman Lakeside, Putrajaya bermula pukul 4 petang hingga 10 malam. Berikut merupakan jadual pergerakan




21 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm
22 – 24 Mei 2018 Menara TM, Bangsar 10am – 5pm

25 Mei 2018 Surian Tower, Damansara 10am – 5pm

26 – 27 Mei 2018 ShangRi-La, Kuala Lumpur 4pm – 10pm

28 – 29 Mei 2018 JKR Tower, Kuala Lumpur 10am – 5pm

30 Mei 2018 Sri Pentas, TTDI 10am – 5pm

31 Mei 2018 NSTP, Bangsar 10am – 5pm

1 – 3 Jun 2018 SACC, Shah Alam 4pm – 10pm

4 – 5 Jun 2018 Avenue K, KL 10am – 5pm

6 – 8 Jun 2018 Kompleks Kerajaan, Putrajaya 10am – 5pm
9 – 10 Jun 2018 Pullman Lakseide, Putrajaya 4pm – 10pm


Untuk lebih info lawati mereka di sini.
 INSTAGRAM

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)