Recent comments

Terbaru

CRUISE TASIK PUTRAJAYA, Berbuka Puasa Sambil Berlayar.

BERBUKA PUASA SECARA EKSKLUSIF DI CRUISE TASIK PUTRAJAYA.

Pakej Berbuka Puasa Di CRUISE TASIK PUTRAJAYA, 
Sambil Berbuka Puasa Sambil Berlayar di Tasik Putrajaya.
[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la kita ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan. 

Berbuka puasa akan datang sambil menikmati Cruise dengan pemandangan indah di sekitar Putrajaya. Menikmati pelayaran selama 1 jam 30 minit .

Rebut harga early bird yg ditawarkan oleh
@cruisetasikputrajaya sehingga 16 Mei 2018 .

Dewasa Rm120 dan kanak-kanak dan warga emas :Rm75


Harga Normal bagi buffet Ramadhan : 
Dewasa : RM145
kanak-kanak dan warga emas : RM 77



Cruise Tasik Putrajaya (CTP) yang menawarkan pengalaman berbuka puasa yang berbeza eksklusif, unik dan mewah Dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM120.00 bagi dewasa dan RM75.00 bagi kanak-kanak dan warga emas bagi harga promosi earlybird para pelanggan akan dibawa menyelusuri Tasik Putrajaya sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak dengan dihiasi keindahan suasana malam Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan.



 Harga Iftar Fi Sofina di Cruise Tasik Putrajaya adalah lebih rendah berbanding dengan tahun- tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman yang eksklusif dan unik ini. 


Terdapat lebih dari 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil belayar selama 1 jam 30 minit. Antaranya adalah Kambing Panggang, Ayam Goreng Berempah, Daging Gulai Kawah, Mee Goreng Ayam dan pelbagai jenis kuih muih tradisional Melayu serta pencuci mulut. 










Menu lain yang berkonsepkan Fusion oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut ditawarkan bagi pelanggan yang inginkan kelainan di dalam juadah berbuka puasa. 



Bersama Ketua Pegawai Eksekutif MPsB, Dato' Zaharah Salamat yang menerangkan bahawa setiap tahun pasti akan ada kelainan dari segi pilihan juadah konsep kami tawarkan untuk Iftar Fi Sofina kerana mereka memilih panel catering yang berlainan setiap tahun untuk bekerjasama. 

MPSB adalah anak syarikat Putrajaya Leisure & Services sdn. (PULSE) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) yang menguruskan produk pelancongan dan rekreasi terbaik di Putrajaya iaitu CTP, MP, Kompleks Sukan Air Putrajaya (KOSA), Pusat Rekreasi Air Putrajaya (PRAP) dan Skyride Festival Park Putrajaya (Skyride).




Setiap pelanggan juga akan mendapat sampul duit raya yang eksklusif dan kuih raya untuk dibawa pulang. Di samping itu, pihak MPSB juga menawarkan hadiah cabutan Bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM350.00 kepada 5 orang pelanggan yang membeli pakej Iftar Fi Sofina.







 Para pelanggan turut berpeluang untuk menderma di mana MPSB akan menyumbangkan RM1 bagi setiap pakej yang dibeli kepada Rumah-Rumah Kebajikan terpilih. Di samping Iftar Fi Sofina, Marina Putrajaya Sdn Bhd. (MPSB) turut menawarkan Pakej Seminar atau Mesyuarat dan Berbuka Puasa sama ada di Marina Putrajaya (MP) atau Bora ombak Marina Putrajaya (BoMP) dengan harga yang amat berbaloi juga iaitu bermula dengan RM100.00 Seorang.

 CTP menawarkan pakej-pakej menarik menaiki cruise dan perahu seperti Dining Cruise, Sight Seeing Cruise, Boat Charter, Love Boat, Pakej Perkahwinan, Pertunangan, Sambutan Hari Lahir, Mesyuarat dan pelbagai lagi. Selain dari bot cruise, MPSB juga menyediakan perahu tradisional iaitu Perahu Dondang Sayang dan Lepa-Lepa serta Picnic Boat MP pula menawarkan pelbagai fasiliti seperti kolam renang berbumbung, gimnasium, sauna & steam bath, gelanggang skuasy, karaoke dan snooker & pool. 



Terdapat juga pakej pakej sewaan dewan dan laman yang menjadi tarikan terutamanya bagi majlis perkahwinan, penganjuran acara dan seminar/mesyuarat. KOSA menawarkan fasiliti kolam renang besaiz olimpik. Selain itu juga, lokasi ini sering menjadi tumpuan bagi penganjuran acara sukan rekreasi air bertaraf kebangsaan mahupun antarabangsa.


Bagi yang ingin menjalankan aktiviti rekreasi air dan darat, PRAP menawarkan aktiviti seperti memancing, berbasikal, menaiki bot pedal berkanu dan juga boleh menjalankan program teambuilding Skyride menawarkan keindahan Putrajaya dari ketinggian 150 meter di udara, di mana orang ramai boleh menikmati pengalaman yang amat mempesonakan dengan menaiki belon udara tertambat yang terbesar yang pertama seumpamanya di Malaysia.



 Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi pakej bufet Iftar Fi Sofina dan pakej Seminar atau Mesyuarat ini boleh menghubungi kaunter jualan di talian 03-88883359 atau boleh juga email kepada sales@cruisetasikputrajaya.com

WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)