Recent comments

Terbaru

KEMBALI KITCHEN, Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands

Pengembaraan kami ke Negeri Pahang bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Genting Highlands. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 

Grand Ion Delemen Hotel terletak di Genting Highlands berada di kawasan tanah tinggi yang sejuk jauh dari kesibukkan kota untuk anda nikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.

Kali ini kami sempat merasai makanan tengah hari di Kembali Kitchen yang terletak di Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands.





Kembali Kitchen telah mendapat sijil Halal dari Jakim dan berada di Tingkat 7 Grand Ion Delemen Hotel. Pengunjung dapat menikmati makanan yang bersih dan sedap-sedap.






























HIDANGAN MAKANAN TENGAHARI YANG MENYELERAKAN.

Hidangan kali ini amat istimewa dengan menu barat dan asian yang di gabungkan menjadi satu hidangan. Anda dapat menikmatinya dengan suasana yang menarik dan staff serta chef yang berpengalaman.





















Menginap di tempat sejuk akan membuatkan anda lapar dan memerlukan makanan yang sedap, Sarapan pagi anda boleh menikmati roti canai di restoran ini. Menarik bukan?











Pengunjung dapat menikmati masakan tempatan dan barat yang sedap dan lazat disini dan pastikan anda jugak akan mengalami suasana yang sama. Pastikan anda kesini!!



KEMBALI KITCHEN: 

Sarapan Pagi 
7:00 – 11:00 pagi
Makan Tengahari
11:00 pagi – 10:30 malam


Grand Ion Delemen Hotel
Alamat: Jalan Ion Delemen 1, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, 69000, Malaysia
+603 6433 2200

1 comment:

  1. bestnya bercuti di tempat dingin sebegini ya. Makanan-makanan nampak sedap dan menyelerakan. Nak pergi jugak lah nanti !!

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)