Recent comments

Terbaru

JUST SEAFOOD, Sunway Giza Yang Memukau. Seafood Terbaik!


Kali ini kami ke Just Seafood Sunway Giza untuk merasai "Nasi Lemak Cajun" dan "Creamy Durian Seafood" menu ini akan dilancarkan pada 15 April 2018.




Sebuah restoran makanan laut di Sunway Giza yang menawarkan koleksi menu makanan laut yang lazat dan memenuhi citarasa peminat seafood masa kini.

Just Seafood Sunway Giza yang mempunyai dua tingkat kedai seperti santai kafe, meja-meja kayu dan lampu yang menyerlah menarik perhatian untuk pengunjung yang datang.



Teruja dengan menu terbaru mereka "Creamy Durian Seafood" menjadikan kami tidak sabar untuk merasai kesedapannya. Amat jarang sekali menu yang diiringi bersama kuah durian tetapi memang sedap. 

Campuran Setiap set dihidangkan dengan lautan ketam, udang, tiram, sotong, kentang, lobak merah dan jagung bersama kuah durian.



Just Seafood Sunway Giza telah terkenal dengan makanan laut yang  dan bahan-bahan mentah yang segar.






Kepada peminat makanan laut dan seafood harus ke sini untuk merasai nikmat sebenar makanan laut.



Menu kedua kami adalah Nasi Lemak Cajun yang cukup popular di kalangan peminat nasi lemak dengan puluhan isi makanan laut.
Minuman limau serai menjadi pilihan kali ini.






Pengunjung boleh kesini dengan senang dan parking yang mudah berdekatan dengan Ikea. Anda boleh waze Sunway Giza dan terus menuju ke sini.

Lokasi: A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway , Kota Damansara, Petaling Jaya,Selangor
+6 017 229 5005
 Mon-Sun 16:00–12:00

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)