Recent comments

Terbaru

Travelogue South Perak : Full Itinerary And Sponsors

Kami kongsikan Full Itinerary dan Penaja pengembaraan kami sepanjang perjalanan kami ke negeri Perak.

#Traveloguemalaysia bersama borakkita_official dan sokongan Tourism Malaysia menjelajah selatan Perak selama 6hari. kami berterima kasih kepada @myperodua_instagram yang menaja perjalanan kami bersama dengan Myvi 2017 terbaru dari Kuala Lumpur.




Hari Pertama (16 December 2017)
Perjalan kami menuju ke Ipoh menaiki Myvi 2017 baru memang mengujakan dan tak sabar rasanya untuk menjelajah ke Perak kali ini. Setelah sampai ke Ipoh dan menginap di hotel Haven baru lah kami sempat bergambar bersama kereta Perodua yang menaja perjalanan kami.




Hari ke 2 (17 December 2017)
Terima kasih Majlis Bandaraya Ipoh yang mengalu-ngalukan ketibaan kami ke Ipoh. Perjalanan kami di bantu oleh Majlis Bandaraya Ipoh yang menceritakan apa yang berlaku dan terbaru di Ipoh. 


Kami tidak melengahkan masa lagi berjalan ke Bandaraya ipoh. Selalu sangat teringin nak sangat menaiki keretapi atau Ets ke Ipoh apatah lagi ke pasar karat pada hujung minggu. Rancang untuk membawa basikal lipat belum lagi terlaksana. Korang juga boleh ke Ipoh dan pergi ketempat-tempat menarik ini. Sesiapa suka barang-barang antik dan terpakai harus datang ke Memory lane ini pasti teruja.







Hari ke 3 (18 December 2017)
kami  menuju ke destinasi seterusnya iaitu Gaharu Valley.
kami sempat melawat Gaharu TeaValley Yang berada di Gopeng. Keluasan kawasan ini sebesar 300 ekar dan mempunyai 200 ribu pokok gaharu.
GAHARU TEA VALLEY GOPENG
LOT 9840, KAMPUNG SUNGAI ITEK, GOPENG
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari ( 9.00 AM - 6.00 PM )
Tel : 05-351 1999
Website : http://www.gaharu.com.my/


Pengalaman dan sejarah negara terbuku di sini dan ia satu pengalaman yang menarik bagi kami  sambil melihat bahan sejarah unggul ini..


Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5)
9th KM, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah, Perak
Tel : 014-904 3255 / 05-370 2253

Menikmati kawasan alam semulajadi yang di jaga rapi oleh Refarm untuk kita menikmati bersama.


Anda perlu rasa pengalaman homestay di setiap kampung-kampung. Kita dapat rasai sendiri pengalaman tinggal di sebuah kampung dan menyaksikan aktiviti-aktiviti tradisional masyarakat.



Hari ke 4 (19 December 2017)
Kami menuju pula ke Felda Residence Hotspring Sg Klah yang terletak di Sungkai Perak dan ke Risda Eco Park untuk berwater rafting.


Travelogue Malaysia menginap di Felda Residence Hot Springs, Spa Villa yang cukup cantik dan luas.
Villa yang cukup lengkap beserta dapur, tempat bbq, dewan seminar, dan juga gym memang sesuai untuk mengadakan sebarang aktiviti menarik.
http://www.feldatravel.com.my/




Risda Eco Park, Ulu Slim Akademi ESPEK memang teruja merasai semua aktiviti extreme yang ada seperti whitewaterrafting ,Caving ,Trekking ,Kayak ,Tubing ,Atv dan pelbagai lagi.



Hari ke 5 (20 December 2017)
Kami bertolak ke Tanjung Malim untuk meneroka tempat-tempat menarik di Tanjung Malim.


Destinasi seterusnya adalah Rumah Makan Sri Muallim yang telah dibuka 8 bulan yang lepas di simpang empat UPSI, Tanjung Malim, Perak. Istimewanya anda dapat duduk bersila sambil makan di rumah lama tradisional yang berusia lebih 100 tahun.

Penginapan terakhir kami untuk travelogue kali adalah The Summit yang terletak di Slim River.  


THE SUMMIT SIGNATURE HOTEL
Jalan Perdana 5, Pusat Perniagaan Slim Perdana,
35800 Slim River, Perak Darul Redzuan.
Tel : 05-452 8993
Email : sales@summitsignaturehotel.com
Website : http://www.summitsignaturehotel.com/



22 comments:

  1. Best gila tengok korang duk pusing jenjalan sana-sini dalam group kecil macam ni. Jeleslah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada rezeki boleh join sama :) penat tapi memang best sgt2!

      Delete
  2. Ana baru ke Felda Hotspring Sungkai minggu lepas. Seronok sgt. Tak puas duk sehari. Next time nak book villa pula. Dgr kata ada jakuzi kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan post nie.
      https://dboystudio.blogspot.my/2017/12/felda-residence-hot-springs-sungai-klah.html

      memang best dan berbaloi2..

      Delete
  3. giler bestnya trip camni . dah la dapat ride the new myvi. Boleh bookmarks entry ni if nanti gi Perak boleh tahu where to go and what to do.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq semua semua tempat best2.. update baru2 banyak yg dan ada atv dan macam2 lagi . kena explore selalu.

      Delete
  4. syok ooo..kat perak. macam-macam aktvt dsediakan.. mmg sesuai sangat ni kalo stress duk sini.. thnks sharing

    ReplyDelete
  5. Dah la best trip ni..kasik jeles SA plak lagi..tak pernah berpeluang join trip best macam ni ha...harap akan datang ada peluang..

    ReplyDelete
  6. best gila solo, single, atau tiada anak lagi, konpem boleh menikmati trip ini dengan penuh seronok ! hehehhehe maybe next time my turn pula join semua trip time anak dah besar, sekarang ni travel kita angkut anak-anak sekali janji nampak dorang depan mata dah puas hati hehehee

    ReplyDelete
  7. pergh memang syoklah, bro! hari tu saya dah pergi tanjung malim, rupanya masih banyak lagi saya belum tahu lagi. cerita dia memang kena singgah lagi lah ni! hehe

    ReplyDelete
  8. Bestnya holiday 6 hari sambil bawak kereta baru. Saya pun belum test drive lagi myvi baru.

    ReplyDelete
  9. syoknya cuti! Perak belum pernah sampai lagi. Tengok gambar" holiday rasa nak pula cuti pergi Perak lain kali.

    ReplyDelete
  10. fuh.. banyak sangat aktiviti best yang awok dah pi.. syoknya la kalau dapat buat benda ni amsa muda-muda dulu.. haha.. walauapa apa pun.. pengalaman tu sangat berharga buat semua yang dah pernah alami.. best2

    ReplyDelete
  11. Bnyak betol lago tempat menarik yng belum sya terokai di perak. Bila l nk jlan2 macm korang. Seronok tengok korng jalan-jln. Btw cantik betul warn kereta tu.

    ReplyDelete
  12. Syoknya dapat travel macam ni.. I pun terasa nak pergi perak ni..

    ReplyDelete
  13. Bestnya tengok macam2 aktiviti tu. Baca pengalaman orang pun dah rasa macam kita yg pergi apa tah lagi kalau lalui sendiri kan

    ReplyDelete
  14. Dari sini kita dah boleh nampak kepoweran Perodua Myvi baru menjelajah Perak..pasni boleh sambung ke negeri-negeri lain la plak kan bro hehe

    ReplyDelete
  15. Perak memang cantik sangat keindahan alamnya. Gunung2, pokok2, hutan2. Tiap kali pegi perak rasa damai je perjalanan. Alahai rindu pula kampung diperak

    ReplyDelete
  16. best la itinerary ni. dapat naik new myvi plak tu

    ReplyDelete
  17. Dalam banyak-banyak nie, just Rumah Makan Sri Muallim je masih belum berkesempatan nak pergi lagi. Walaupun dekat je dengan kampung...

    ReplyDelete
  18. Wah best nyer! you all went to so many places and had so much fun.

    ReplyDelete
  19. Huntongnya dapat sponsor. Best giler kot, senyum sorang sorang je tengok gambar korang semua ni .. adoi ! .. hahah ...

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)