Terkini | New

Restoran Johor Riau Selera bertambah.

Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore. 

Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.


Seterusnya perjalanan kami menuju ke Restoran Johor Riau Pontian Johor yang cuma mengambil masa 10-15 minit dari Pulau Kukup yang terletak di tepi jalan menuju ke Tanjung Piai.  Restoran ini menawarkan masakan tempatan Johor untuk anda mencuba dan merasai keenakkan masakan Johor Riau. Pasti anda akan terpikat dengan hidangan yang ada.




Lokan

Masakan nie memang mantap dan sedap bukan selalu dapat rada lokan ni. tapi nanti akan kami kongsikan kami mencari lokan di paya bakau,
Belangkas Lemak Cili Api

Memang popular masakan belangkas di kalangan oarang Johor ini kalau ada masjlis keraian dan majlis besar-besar.
Otak-otak Kampung Ikan Tenggiri

Restoran Johor Riau nie pon terkenal dengan otak-otak kampung ikan tenggirinya memang sedap dan anda boleh menempah jika berminat. 


Ulam-ulaman yang ada memang memikat lagi selera tambahan pulak masakan kampung.

siput sedut yang sedap dan paling cepat habis.
Bebotok Ikan Parang

hidangan ikan yang dicampur dengan ulam-ulaman. yang dibungkus dengan daun pisang beserta pelbagai jenis rempah.
Sup Riau 

Terdapat pelbagai makanan laut seperti udang, ketam, lokan dan siput sedut. Anda harus mencubanya jika datang ke sini.






Terima kasih kerana sudi menjemput kami mencuba masakan di Restoran Johor Riau semoga bertambah maju dan berkembang hingga ke antarabangsa. Pasti ramai lagi penduduk Johor harus mencuma masakan unik belankas ini. Anda apa lagi haruslah mencuba suatu hari nanti!

RESTORAN JOHOR RIAU

T16 Kg Parit Maiden, 82030 Serkat Pontian, Johor

Tel : 012-673 7631 (Bella)

Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin 
11 AM - 12 PM

Facebook : RESTORAN JOHOR RIAU