Terkini | New

GAHARU TEA VALLEY

Pengembaraan kami ke negeri Perak 
#traveloguemalaysia bersama @borakkita_official menjelajah selatan Perak selama 6hari. 

Perjalanan kami di Ipoh Perak yang sangat-sangat cantik dan kami berterima kasih kepada Majlis Perbandaran Ipoh membantu perjalanan kami dan pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur.
@myperodua
@Canon Marketing Malaysia
@888teacoffee
@Wangi World Malaysia

Seterusnya kami ke sini : 


Gaharu Tea Valley Gopeng


“Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula”. Pokok yang sangat tinggi nilainya.



kami sempat melawat Gaharu TeaValley Yang berada di Gopeng. Keluasan kawasan ini sebesar 300 ekar dan mempunyai 200 ribu pokok gaharu.


Kayu gaharu atau agarwood adalah kayu aromatik yang terbentuk di dalam pokok-pokok gaharu. Ia adalah produk yang berharga kerana ia dituai dari dalam pokok yang terbentuk apabila pokok itu "terluka" oleh jangkitan serangga, serangan kilat, atau suntikan.


Gaharu sangat berharga kerana wangiannya serta bagus untuk perubatan dan kesihatannya. 








Kami di jamu dengan air teh gaharu yang di katakan berfaedah dari segi kesihatan. Dikatakan bahawa teh yang dibuat dari daun Gaharu dapat membantu mengurangkan kadar gula dalam darah, menurunkan tekanan darah, meningkatkan kualiti tidur,  sembelit, kembung perut, gout dan asma. Anti-kanser dan anti-penuaan juga dituntut.




Cuma Rm 10 anda dapat tour ke kawasan ini dengan menaiki van dan sememangnya cantik sesuai untuk agro pelancong di Malaysia







kami sedang mendengar penerangan mengenai pokok gaharu dan penjagaanya. Agak sukar untuk menjaga dan mendapatkan hasil gaharu yang berkualiti. Tetapi dengan usaha dan penjagaan yang baik pasti membuahkan hasil.










 Terdapat banyak spot bergambar di sini untuk anda bergambar bersama kawan-kawan dan keluarga.




Sejarah mengenai perubatan yang boleh di gunakan dari pokok gaharu sejak dahulu lagi oleh doktor dari Japan.





Pelbagai Produk yang di hasilkan di sini seperti Teh Gaharu, Gaharu Cookies, Gaharu Instan Mie, Gaharu, Soup Mix, Gaharu Nougat, Gaharu Oil / Fragrance, Gaharu Wood Chip dan lain-lain.










Terdapat bilik pameran yang mempunyai kepingan besar Gaharu  yang boleh dibeli dan harga yang menarik. 















Jika anda berpeluang kunjunglah ke sini bersama keluarga dan kawan-kawan  hayati keindahan serta pengalaman bersama pokok gaharu yang amat berharga ini.