Recent comments

Terbaru

3 Tempat Penyebab Surabaya Destinasi Travel Anda Seterusnya!

3 Tempat Penyebab Surabaya Destinasi Travel Anda Seterusnya!


Surabaya memang kota yang sangat istimewa merupakan sebuah bandar pelabuhan di pulau Jawa Indonesia.


Bandar yang pesat membangun dengan banggunan tinggi dan banggunan tinggalan sejarah zaman kolonial Belanda. 


Terdapat banyak tugu-tugu bersejarah di Surabaya antaranya adalah Tugu Pahlawan (Monumen Wali) menghormati pertempuran kemerdekaan yang dilancarkan di jalan-jalan Surabaya pada tahun 1945.


Surabaya terkenal dengan Muzium Sempoerna, lumpur panas Sidoarjo,Pasar Turi, Muzium Santet , Gunung Bromo, dan juga gunung ganang yang cantik. 



Tapi kalau nak tahu, Surabaya juga sebenarnya ada banyak sangat tempat yang best dan awesome, tapi mungkin tidak semasyhur tempat yang disebutkan tadi. 



Pengalaman aku ke Surabaya bulan september kelmarin bersama kawan-kawan aku penulis Blogger dan Travel agent sangatlah best! 



Ini bagi aku 3 tempat yang aku rasa macam korang patut pergi! 



Baiklah, tak sabar nak share ni! Apa tempat-tempatnya?

Sewaktu tiba di Surabaya lebih awal dari yang lain saya menginap di sini, murah dan memang dekat dengan bandar Surabaya. Anda boleh berjalan kaki ke stesen kereta api Gubeng ,pusat membeli-belah Plaza Surabaya,
 Tunjungan Plaza dan monumen Kapal Selam.

Abam booking di melalui web booking.com kat sini ,atau korang boleh cuba kat Agoda.









Memang simple dan murah kepada yang datang bersendirian. Sempat jugak pusing-pusing sekitar bandar Surabaya tapi kita cerita pada post yang lain yer. Video intagram dari Indovideotravel seminit bandar Surabaya yang owesome.




kita sambung pula 3 Tempat Penyebab Surabaya destinasi travel anda harus pergi.

1. Puncak Gunung Bromo
Salah satu keistimewaan yang terdapat di Jawa Timur adalah Gunung Bromo yang merupakan gunung berapi yang masih aktif.

Gunung berbatu ini terletak di Taman Nasional Bromo Tenggera yang lebih luas dan keindahan alam semulajadi yang menarik. 


Perjalan mengambil masa 2 jam untuk ke puncak jadi kami menyewa bilik penginapan untuk berehat sementara menunggu jam 4 pagi untuk menaiki jeep 4x4. 








Seterusnya kami menaiki jeep ke penanjakan satu untuk melihat matahari terbit dan menuju ke puncak Bromo seterusnya.

Gunung Bromo yang sememangnya gah bersama deruan kawah gunung berapi yang masih aktif.








































2. Pasir Berbisik

Salah satu lokasi perfileman Pasir Berbisik yang popular lakonan Dian sastro widoyo.


Filem karya sutradara Nan Achnas tahun 2001 yang mengisahkan tentang seorang gadis desa bernama Daya yang tinggal di perkampungan miskin bersama ibunya yang sudah lama ditinggal oleh suaminya sejak Daya masih kecil. 

Daya mempunyai perangai unik yang mengatakan pasir membisik ke telinganya. Anda boleh cari di youtube :)








3. Bukit Teletubbies

Bukit Teletubbies di belakang Gunung Bromo yang sedikit kering tetapi jika menghijau pasti menawan hati. 



Nanti akan abam update perjalanan ke Kota Malang atau di panggil sebagai kota kreatif.

For more updates, follow me on Social media:

Instagram : @dboy_studio 

Reviews, Events or Any Inquiries, 
Kindly Email me at dboyfotopages@gmail.com

14 comments:

  1. Wow.. menariknya. Mesti akan masuk list next year

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. next time.. mark Surabaya.. Thanks info..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah.. next time.. mark Surabaya.. Thanks info..

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantiknya tempat ni

    ReplyDelete
  5. Pengalam terpahat indah... Subhanallah cantik dan indahnya ciptaannya. Berangan nak ke situ juga!

    ReplyDelete
  6. Indahnya ciptaan allah..harus masukkan surabaya dlm wishlist..i wish i could visit there once

    ReplyDelete
  7. tinggi ke nak ke puncak gunung bromo tu? Tak silap last year housemate emi pun pergi surabaya jgk. tp x pastu tmpt apa yg dia pergi

    ReplyDelete
  8. alaaa memang teringin sangat nak ke Bromo Mountain tu!!! Sangat awesome untuk photo-photo travel yang cantik-cantik! Bilalah boleh sampai ke sini.

    ReplyDelete
  9. cantik-cantik view nya.. tengok semuanya berbaju tebal boleh rasa macam mana bestnya kat Bromo Mountain tu.. pengalaman yang menyeronokkan ye tak..

    ReplyDelete
  10. Ohhh niceee... Tapi nantilah dulu. Saya nak khatam Bandung. Baru belasah Surabaya.

    ReplyDelete
  11. This looks like a really interesting place to visit. Can’t wait to add it to my bucket list!

    ReplyDelete
  12. menarik sangat tempat dia..bila entah berpeluang datang sini

    ReplyDelete
  13. Great footage of Surabaya, I wouldthink really enjoy Pasi Berbisik the view is amazing

    ReplyDelete
  14. Wow,I like the hotel condition. And many wonderful place to visit.

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)