Recent comments

Terbaru

Jom isi minyak bersama dengan SHELL dan menggunakan waze di jalan raya! #helixraya



Jom isi minyak bersama dengan SHELL dan menggunakan waze di jalan raya! #helixraya #waze


Shell Helix dan Waze lancar amaran kawasan kerap kemalangan yang pertama di Asia.

Kerjasama ini bertujuan menjadikan jalan raya lebih selamat bagi pemandu pada musim Ramadan dan Aidilfitri

Shell lubricants Malaysia menerusi jenama minyak motor Shell Helix yang terkemuka di pasaran mengadakan kerjasama bersama Waze, app lalu lintas dan navigasi yang paling popular di negara ini untuk melancarkan amaran kawasan kerap kemalangan yang pertama di Asia.

Kerjasama di antara kedua-dua jenama Global ini bertujuan untuk menjadikan jalan raya lebih selamat bagi para pemandu sepanjang musim Ramadan dan Aidilfitri yang bakal Menjelma ini.

Dari 16 Mei Hingga 15 Julai 20 17 peringatan khas daripada Shell Helix akan muncul di Waze untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati apabila kereta mereka menghampiri mana-mana dihantar 50 kawasan kerap kemalangan di Semenanjung Malaysia.

Peringatan untuk pemandu agar berhati-hati apabila menghampiri kawasan kerap kemalangan ini bertujuan untuk membantu para pemandu terutamanya ketika tempoh sesak iaitu pada bulan Ramadhan dan Aidilfitri.

Pesanan hanya akan dipaparkan semasa kereta berhenti sepenuhnya untuk mengelakkan daripada mengganggu tumpuan pemandu.

Shell Malaysia dan Waze gembira kerana dapat membantu dan melancarkan inisiatif ini yang dapat mengingatkan para pemandu untuk memandu dengan lebih selamat dan dapat mengurangkan kemalangan di jalan raya dari kesesakan lalu lintas yang membawa kebaikan kepada semua pihak.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)