Recent comments

Terbaru

Masjid Nurulihsan Koh Samui


Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Antara destinasi yang sering dilawati adalah phuket, Bangkok dan Hatyai. Namun, tahukah anda selain daripada tempat tersebut, Thailand juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai. Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti.Keindahan pulau serta pantainya sangat cantik. 

@amazingthailand @bangkokairways @santaitravel 

 Syarikat penerbangan Bangkok Airways dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand telah membawa kami ke Koh Samui untuk melihat dan merasai sendiri yang sebenarnya Koh Samui juga mesra muslim dan mudah mendapat makanan halal di sana.


Masjid Nurulihsan

Lazimnya pelancong yang berkunjung ke Koh Samui akan dibawa mengunjungi Masjid Nurulihsan di kawasan Hua Thanon, Koh Samui. Masjid ini nampak besar berwarna putih dan hijau muda nampak cantik dengan pintu gerbang yang besar. kami di sambut dengan meriah oleh Imam dan beberapa jemaah di situ dangan makanan dan buah-buahan.Terdapat juga sekolah agama yang mendapat sumbangan dari pelancong Malaysia dan mengikut pembelajaran agama Kafa seperti di Malaysia.Sempat juga kami berborak dengan Imam dan jemaah di sana. Apa yang menariknya mereka boleh berbahasa melayu dengan loghat kelantan bercampur sedikit bunyi bahasa thailand. Menurut penduduk yang masih boleh bertutur dalam bahasa Melayu, kebanyakan penduduk asal di sini bukanlah berasal dari pulau. Namun kebanyakan mereka berhijrah dari lokasi lain seperti Pattani dan Yala.
sempat kami menghulurkan sedikit bantuan dan imam mengharapkan agar rakyat Malaysia sudi jugak membantu mereka di sana.
















Perkampungan Nelayan
-----------------------------------
Tanpa melengah lagi kami menyusuri perkampungan nelayan di sekitar Masjid Nurulihsan. Terasa seperti berada di kampung-kampung nelayan di Malaysia. Menurut penduduk mereka senang di panggil melayu Pattani kerana melambangkan sebilangan
kecil penduduk Tahiland. kami berjalan-jalan melalui rumah-rumah sekitar dengan kanak-kanak yang sibuk bermain dan melakukan aktiviti beriadah. Menangkap ikan adalah sumber utama penduduk di sini dengan kapal-kapal nelayan yang berwarna-warni tersusun di tepi pantai.
ikan-ikan di jemur untuk di jadikan ikan kering dan merupakan hasil pendapatan penduduk di sini. sempat juga kami melihat nelayan membaiki jala-jala ikan yang rosak di bawah pokok kelapa yang redup. kami sempat menjamu selera di restoran halal 
di dalam perkampungan ini setelah melihat kelibat wanita-wanita dia sana membakar ikan untuk jualan.




Jika sudah berada di Perkampungan nelayan ini haruslah mencuba makan makanan laut di Kedai kedai di kawasan yang berhampiran dengan masjid. Peminat seafood pasti berpuas hati degan hidangan dan harga yang terbaik! 







Kami sempat juga melawat kawasan yang di jadikan expo pada masa itu untuk program pembangunan masjid baru ( Masjid Nurul Hidayah ) yang meriah dengan jualan dan pameran. Terdapat juga pertandingan nasyid kalau tak silap saya. Tapi mata saya teruja melihat makanan yang comel-comel thehehehehehe. Saya doakan agar pembangunan Masjid baru berjalan dengan lancar dan cantik...






Bagi yang belum merasai "Amazing Thailand" silalah memilih destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan pantai-pantai dan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)