Recent comments

Terbaru

KOH SAMUI PULAU YANG MEMBIRU.

KOH SAMUI PULAU YANG MEMBIRU.

Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini semakin bertambah. Antara destinasi yang sering dilawati adalah phuket, Bangkok dan Hatyai. 

Namun, tahukah anda selain daripada tempat tersebut, Thailand juga mempunyai banyak lagi destinasi menarik lain yang masih belum lagi anda terokai. 

Koh Samui pasti ramai orang Malaysia mengenali kepulauan di Thailand ini sebagai salah satu pusat pelancongan terkemuka. Ramai juga antara kita yang telah menjejakkan kaki ke sana untuk bercuti.Keindahan pulau serta pantainya sangat cantik.


Syarikat penerbangan Bangkok Airways dengan kerjasama Tourism Authority of Thailand telah membawa Majalah Santai Travel ke Koh Samui untuk melihat dan merasai sendiri yang sebenarnya Koh Samui juga mesra muslim dan mudah mendapat makanan halal di sana. 




1. Chaba Cabana Beach Resort and SPA 
--------------------------------------

Kehadiran kami di sambut meriah dan sangat-sangat selesa ketika berada di sini. 
Kami terus pergi ke pantai untuk melihat pasir pantai yang memutih dan air laut yang biru. 
website : chabacabanaresort



















Sebelum kita nak explore apa yang ada di Koh Samui mari kita lihat Resort yang sememangnya cantik dan menarik ni. Pantai dia memang cantik sampaikan kami tak sabar nak mandi.























2. Pantai Koh Tao dan Koh Nang Yuan
-------------------------------
Gugusan kepulauan Samui meliputi Koh Phangan dan Koh Tao yang terletak diutara Samui. Perjalan kami menaiki feri besar menuju ke Koh Tao dan Koh Nang Yuan bersama dengan ramai pelancong dari pelbagai negara kedua-dua pulau kecil ini memiliki keindahan panorama yang cukup mengkagumkan. Koh Nangyuan tersenarai antara 10 pulau tercantik di dunia jadi tidak hairanlah kenapa pulau ini menjadi tumpuan utama pengunjung. Kami sudah siap untuk mandi pastinya snorkeling menjadi aktiviti paling digemari di sini. Keindahan karang serta kepelbagaian spesis ikan menjadi tarikan utama setiap pengunjung. Airnya yang jernih memudahkan kami melihat batu karangdan ikan yang berwarna-warni. Kami sempat memanjat ke puncak bukit di situ dan mendaki sekitar 30 minit.
Keletihan pasti tidak akan terasa saat melihat 
pemandangan pulau yang indah dan lautan 
yang terbentang luas.

kami turun setelah banyak bergambar di atas
 puncak bukit untuk sambung mandi di tepi 
pantai.

Pengunjung akan terasa damai dan tenang 
menyaksikan pasir yang memutih dan 
angin laut yang begitu 

menyegarkan di samping melihat kapal-kapal 
layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang 
begitu jernih.

Walaupun penat mendaki panorama di atas bukitnya sememangnya begitu cantik dan mempersonakan.
3. NORA BURI RESORT SPA
------------------------------
Setelah puas kami bermandi manda kami meneruskan perjalanan ke sebuah lagi Hotel terkenal di Koh Samui. Kami menginap di Hotel yang begitu selesa dan sangat cantik hinggakan kami lupa kami masih di Koh Samui. Anda boleh melihat website mereka di Noraburi Resort
Saat yang di nantikan seudah tiba iaitu makan malam isrimewa bbq yang sangat sedap lazat dan halal. Hidangan makanan yang istimewa di tepi pantai sambil mendengar alunan musik dari penyanyi band hotel.
Selepas kenyang makan saya sempat memacak tripod untuk shoot milkyway yang suam-suam kuku nak nampak sebab ada awan yang tebal dan lampu yang terang di sekelilng pulau di sini.
Bagi yang belum merasai "Amazing Thailand" silalah memilih destinasi anda.sungguh 
berbaloi buat anda yang suka akan 
pantai-pantai dan sememangnya berbaloi 
jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga.

21 comments:

  1. Nice article, thank you...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! Bestnya tengok gambar lawa-lawa tu bang! Memang menariklah! Belum pernah sampai ke sini jadi hopefully dapatlah ke sini tahun ni! hihi

    ReplyDelete
  3. Cantiknya laut membiru. Indahnya ciptaan tuhan. Koh Samui tak pernah sampai lagi.

    ReplyDelete
  4. Selalu jgk dgr nama koh samui ni.. Thai rupanya.. Teruja zaza tgk pic2 yang indah.. Cantik sgt pemandangan. Seronok dpt merasa travel kt sana kan.. :)

    ReplyDelete
  5. the beachside is so nice!
    The Sky & Beach is so Blue!
    I wan to go there soon!

    ReplyDelete
  6. Subhanallah. Cantiknya pemandangan. Indahnya penginapan.
    Bagi Rawlins, Thailand adalah salah satu negara yang Rawlins tak rasa boring untuk dilawati. Boleh tak bawa Rawlins sekali next time bila melawat Thailand?

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pemandangan laut biru terbentang luas...syiok betul tgok. Selalu aje dengar pasal Koh Samoi tapi masih belum ada peluang lagi utk jejakkan kaki di sana

    ReplyDelete
  8. cantiknya pemandangan !! bersih je airnya serious ! ni nak pergi travel sana nanti !

    ReplyDelete
  9. Cantiknya tempat-tempat yang you pergi ni. Am I the only one perasan every tempat dalam gambar ni bersih gila dan tak nampak langsung ada sampah bertaburan

    ReplyDelete
  10. syoknya! i think Koh Samui is the only island i have yet to visit in Thailand!

    Which Income Group Do You Belong To?

    ReplyDelete
  11. The beach looks beautiful and the water looks so clean. It is indeed a heaven for divers to look for beautiful fish.

    ReplyDelete
  12. I mau pergi koh samui jugak.. Such a lovely place to visit..

    ReplyDelete
  13. Alaaaa...kenapa cantik sangat Koh Samui ni....bestnyaaaa...Koh Samui salah satu tempat SA nak pergi

    ReplyDelete
  14. Cantiknya view kat Koh Samui. Ni rasa kena letak dalam bucket list travel ni. Tengok air dia pun jernih. Mesti best snorkeling

    ReplyDelete
  15. I did not get to really check out all of Koh Samui as I was there for just one night.. but it is idyllic and gorgeous

    ReplyDelete
  16. Thailand memang best. Last year pergi hatyai rasa tak nak pulang.pi koh samui island ni xprnh jenguk lagi. Next trip bolehlah rancang pergi sana

    ReplyDelete
  17. Banyaknya gambar yang cantik! Tgk video tu memang best pantainya. Thailand memang banyak tempat menarik. Dah beberapa kali juga pusing2 sana tapi belum sampai Koh Samui lagi. Harap adalah rezeki nanti.

    ReplyDelete
  18. Subhanallah. Cantiknya pemandangan di sana! InsyaAllah ada rezeki bolehlah ke sini nanti

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  19. Amboi...Dboy byk amik gbr awek ajer....lain kali nak travel yu ajaklah kak sekali...tempat dia memang cantik dan menarik serta tertarik..

    ReplyDelete

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)