Recent comments

Terbaru

‘’PELANCARAN PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017’’

‘’PELANCARAN PROMOSI
TAHUN MELAWAT PAHANG 2017’’
25 Ogos, 2016 – Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang hari ini telah merasmikan MAJLIS PELANCARAN PROMOSI TAHUN MELAWAT PAHANG 2017. Pelancaran rasmi peringkat kebangsaan ini adalah sebagai platform untuk mengetengahkan pelbagai destinasi menarik serta acara-acara hebat yang bakal mewarnai kemeriahan Tahun Melawat Pahang 2017. Program promosi yang telah dirancang melibatkan pelbagai medium seperti media sosial, media massa, pameran, roadshow dan acara di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Acara perasmian ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang,Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'inBillah. Acara ini juga akan turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YH Dato’ Seri Mirza Mohammad Taiyab serta Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang iaitu YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Tahun Melawat Pahang 2017, sila layari:
Laman Web:www.pahangtourism.org.my
Facebook: facebook.com/tourismpahang
Instagram: tourismpahang
Twitter: tourismpahang
Telefon: 09-531 5904


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)